Dulu aku sanjung keunguan baju Kerana debat merubahnya menjadi kotor Jubah itu ungu dihormati Seluarnya putih ternama Namun hakikatnya Dalamnya kotor Kotor bak longkang busuk Busuk bagaikan bangkai
Apakah kebusukan itu perlu dibanggakan Kebusukan akibat dosa ketidak adilan Kau rampas hak milik kebiruan angkasa Asap kelabumu menitiskan air mata hujan sang biru Kejamnya engkau mencuri bintang dilangit Dahaganya ungu terhadap nama Bak dahaganya anjing mencari gaduh Namun pandainya engkau menyucikan nama
Engkau berganding bahu dengan sang hijau Demi menjatuhkan maruah kebiruan angkasa Angkasa tidak mempertahankan realiti Hingga langitnya akan terbelah bahagi
Di saat itu, tiada kemaafan bagimu Sang ungu dan sang hijau
** posted by: NurulHudaMohdYusof. - korangkorang. nape font dier susa nk bace eh? tkbley tuka ker? but pape. tc people. :D
Labels: sejarah yang takmungkin ku lupakan.
Music Playlist at MixPod.com